Monday 27 June 2011

ABOUT MINYAK KEPALA DARA

PENCEGAHAN PENYAKIT DAN KEGUNAAN



           

PERAWATAN MINYAK KELAPA


Kajian dan pemerhatian klinikal telah menunjukkan bahawa Asid Lemak Rantai Sederhana (MCFA) seperti yang terdapat di dalam Minyak Kelapa boleh membantu mencegah dan merawat berbagai jenis penyakit  Minyak Kelapa boleh membantu:
  •  Mencegah sakit jantung, darah tinggi, atherosclerosis dan strok.
  •  Mencegah diabetis dan meredakan gejala serta risiko yang berkait dengan diabetis.
  • Menyokong pertumbuhan tulang dan gigi yang kuat.
  • Melindungi dari osteoporosis.
  • Menggalakkan penurunan berat badan yang berlebihan.
  • Membunuh virus yang menyebabkan mononucleosis, selesma, hepatitis C, campak, herpes, Aids dan Virus penyebab berbagai penyakit lain.
  • Mengurangkan gejala yang berhubung kait dengan pancreatic.
  • Mengurangkan tahap keparahan masalah-masalah yang berkaitan dengan sindrom ‘malabsorption’ dan ‘cystic fibrosis’.
  • Meredakan gejala penyakit pundi-pundi hempedu (gallbladder).
  • Meredakan gejala yang berkaitan dengan ‘Crohn’s disease’ ‘ulcerative colitis’ dan ‘stomach ulcers’.
  • Meredakan kesakitan dan kegatalan akibat buasir.
  • Mengurangkan keradangan yang kronik.
  • Melindungi tubuh daripada kanser payudara, kanser usus dan kanser lainnya.
  •  Mencegah penyakit ‘periodontal’ dan ‘tooth decay’.
  • Mencegah penuaan dan penyakit degenerative.
  • Meredakan gejala yang berkaitan dengan ‘chronic fatigue syndrome’.
  • Meredakan gejala yang berkaitan dengan ‘benign prostatic hyperlapsia' (pembesaran prostat).
  • Mengurangkan serangan penyakit gila babi (epileptic seizure).
  • Melindungi dari penyakit buah pinggang dan jangkitan pada pundi-pundi kencing.
  • Mencegah penyakit hati.
  • Membunuh bacteria yang menyebabkan ‘pneumonia’, sakit telinga, jangkitan pada tenggorok, gigi berlubang, keracunan makanan, jangkitan saluran kencing, meningitis, gonorrhea dan banyak lagi  bacteria yang menyebabkan penyakit-penyakit lain.
  • Membunuh kulat (fungus) dan ragi yang menyebabkan penyakit candida gatal di kelangkang, kurap, athelete’s foot, sariawan, ruam ‘diaper’ dan jangkitan-jangkitan lain.
  • Menyingkir atau membunuh cacing pita, kutu, giardia dan prasit-parasit lain.
  • Mengurangkan jangkitan kulit.
  • Mengurangkan gejala yang berkaitan dengan ‘psoriasis’, ‘eczema’ dan ‘dermatitis’.
  • Melegakan kekeringan dan kerekahan kulit.
  • Mencegah kerosakan akibat radiasi  UV matahari seperti kulit berkedut, kulit bergeleber dan bintik penuan.
  • Mengawal kelemumur.


KEISTIMEWAAN  MINYAK KELAPA DARA


Dianggarkan 50% daripada asid lemak (fatty acid) di dalam Minyak Kelapa Dara adalah Asid Laurik (Lauric Acid); Sejenis asid lemak berantai sederhana (Medium Chain Fatty Asid) yang bersifat anti-bakteria dan anti-protozoa.

Asid Laurik yang terdapat dalam Minyak Kelapa Dara ini memiliki khasiat yang sama dengan susu Ibu. Susu Ibu juga mengandungi asid laurik yang berfungsi memberikan ketahanan (immune) kepada bayi yang menyusui Susu Ibu.



KEISTIMEWAAN ASID LAURIK


Asid Laurik yang terdapat dalam ‘Minyak Kelapa Dara’ rupa dengan yang terdapat di dalam susu ibu. Asid Laurik ini amat penting terutamanya dalam memberikan ketahanan atau kekebalan (immune) kepada tubuh khususnya untuk melawan serangan pelbagai organism atau kuman pembawa penyakit.

Makanan suplimen dan minyak sayuran yang ‘diubahsuai genetiknya’ (genetically engineered) adalah dua cara dimana industeri makanan dan kesihatan cuba untuk meningkatkan pendedahan kita terhadap Asid Laurik.

Meskipun demikian sumbar semulajadi Asid Laurik yang terbaik dan yang paling banyak adalah Kelapa  dan Minyak Kelapa. Umpamanya, 1 sudu besar kelapa parut yang kering mengandungi 2 gram Asid Laurik.  1 sudu besar minyak kelapa yang tulin (Minyak Kelapa Dara) mengandungi 7 gram Asid Laurik.

Di samping Asid Laurik, produk kelapa juga mengandungi MCFA yang lainnya seperti Asid Kaprik (7%) dan asid Kaprilik (8%). Kedua-duanya juga mengandungi banyak kesan kebaikan terhadap kesihatan yang mungkin tidak ada pada sumber-sumber prodak bukan kelapa.


Minyak Kelapa Dara mengandungi anti makrob semulajadi seperti  Asid Laurik yang hampir sama dengan khasiat Susu Ibu. Manakala minyak sayur lain (minyak jagung, minyak kacang soya dan minyak biji bunga matahari) tidak memiliki sifat anti makrob.

Manfaat dari asid laurik antara lain ialah dapat membunuh berbagai jenis mikrob yang membran selnya asal asid lemak. Sifat asid laurik dapat melarutkan membrane virus berupa lipid sehingga boleh menganggu kekebalan virus, keadaan ini akan menyebabkan virus menjadi lemah.

Beberapa penyakit yang disebabkan oleh mikrob jenis ini  seperti HIV, hepatitis C, herpes, influenza, cytomegalo-virus, strepcocous sp., stapilococus sp., gram positive, gram negative, helicobacterpylory, dan candida. Sementara itu, Asid Kaprilat yang terdapat pada  Minyak Kelapa Dara amat berpontensi untuk mematikan kulat (candida) penyebab keputihan.

Satu  lagi kebaikan dan keistimewaan ‘Minyak Kelapa Dara’ adalah sifatnya yang tahan terhadap pemanasan. Oleh kerana minyak ini terdiri daripada 92% asid lemak tepu, jadi ia tetap stabil meskipun mengelami pemanasan ketika digoreng atau dipanaskan. Hidrogenasi tidak berlaku kerana ia tepu. Struktur kesan toksik jika kita menggoreng makanan dengan menggunakan ‘Minyak Kelapa Dara’.

Namun jika minyak sayuran yang mengandungi banyak sekali asid lemak tak tepu (Mono and polyunsaturated) ini digunakan untuk menggoreng atau terdedah kepada pemanasan yang tinggi, ia akan sangat mudah terhidrogensi (hydrogenated) lalu mengalami perubahan struktur kimianya. Ia akan mengalami proses polimerisasi dan minyak tersebut menjadi toksik serta karsinogenik dan berbau.


Sifat Minyak Kelapa Dara


  • Bewarna jernih.
  • Diproses tanpa pemanasan / pengawet, perasa dan kimia.
  • Mengekalkan keadaan / struktur semulajadi minyak.
  • Bau kelapa asli dan agak masam sedikit kerana kandungan asid laurik yang agak tinggi.
  • Akan membeku pada suhu 24°c (cepat membeku).
  •  Tidak melekit dan amat sesuai dibuat krim muka dan badan.

                                                                                                                                                                                             
Di samping itu,MCFA di dalam Minyak Kelapa Dara juga berfungsi sebagai pembekal tenaga segera pada tubuh. Mengkomsumsi Minyak Kelapa Dara setiap hari, insyaAllah akan membantu  menambah tenaga dan “ kekuatan “ tubuh.


Cadangan Komsumsi Minyak Kelapa Dara:


Dewasa: 2-4 sudu makan setiap hari, pagi dan malam.
Kanak-kanak: 2-4 sudu the setiap hari pagi dan malam.

No comments:

Post a Comment